Syarat-syarat untuk menyertai KENTE3 adalah seperti berikut:
- Peserta KENTE3 mestilah mereka yang berumur 17 – 35 tahun, belum mempunyai album mahupun mengikat kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman atau/dan belum pernah menjuarai mana-mana pertandingan nyanyian berprestij.
- Pendaftaran KENTE3 akan diadakan pada 29 Januari 2011, bertempat di Pusakag Cafe, Donggongon, Jam 1.30 petang. Mereka yang mendaftarkan diri perlu datang dengan imej yang menarik kerana pada masa itu turut diadakan sesi taklimat dan penggambaran kepada semua peserta KENTE3.




















