Peringkat saringan dijadual bermula pada bulan Febuari sehinggalah penghujung Mac, manakala pertandingan akhir pula akan diadakan pada bulan April bertempat di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang. Dari segi pemilihan lagu, KENTE3 akan mengekalkan tradisi pertandingan yang mana kemampuan peserta akan diuji menerusi persembahan dua buah lagu iaitu lagu Kadazandusun menerusi persembahan pertama, manakala mana-mana lagu sama ada Inggeris atau Melayu di persembahan kedua. Bagaimanapun, di peringkat akhir nanti finalis akan menyanyikan lagu wajib daripada sepuluh (10) gubahan lagu terbaik yang bertanding dalam kategori Juara Lagu. Seperti juga di musim yang lepas, para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan saringan dan cabutan undi akan dibuat untuk menentukan kumpulan. Bagaimanapun, pada musim ini, tiga (3) peserta dari setiap kumpulan saringan akan ke peringkat Separuh Akhir. Dua (2) peserta dipilih oleh juri, manakala satu (1) lagi tempat ditentukan melalui undian tertinggi penonton. Di peringkat Separuh Akhir nanti, lima belas (15) peserta akan berentap untuk merebut sepuluh (10) tempat ke ke Final, manakala lima (5) peserta pula akan tersingkir dari saingan merebut takhta.
You are here : KE Next Top Entertainer » PROSEDUR PEMILIHAN
KENTEvents
- Events are coming soon, stay tuned!






CATEGORIES
Like Box
KE-Twitter
KEntertainment
- A A A
KENTE3 LIVE STREAMING RADIO

KENTE3 LIVE STREAMING RADIO is brought to you by Sabahan.FM - Syiuk Bha Didangar!
Siaran Langsung KENTE3 ini dibawakan oleh Sabahan.FM - Syiuk Bha Didangar!-
Daily Horoscope
Video of The Day: Sabahan
Video of The Day: Malaysia
Video of The Day: Asia
Video of The Day: International













