![]() |
Saya menerima perlantikan sebagai Pengerusi KENTE3 sebagai satu cabaran yang cukup berat untuk digalas. Industri muzik di Sabah mempunyai potensi yang cukup besar dan cukup luas untuk diterokai. Industri muzik tempatan harus melihat kepada kejayaan hiburan di Korea yang mana K-Pop kini menjadi kegilaan hampir di seluruh dunia. Saya berpendapat tidak ada sebab mengapa industri muzik kita di Sabah tidak boleh berjaya. Kejayaan K-Pop telah membuka mata bahawa jurang bahasa dan budaya bukanlah penghalang untuk kita mencapai kejayaan sebaliknya faktor ini menjadi kekuatan kepada kita untuk mengembangkan industri muzik merentasi budaya dan geografi. Bagi mengangkat prestij penganjuran KENTE3, beberapa perubahan dan idea baru diperkenalkan. KE sebagai medium pencungkil bakat yang mewarnai industri muzik di negeri ini pada asalnya melahirkan bergelar penghibur bagaimanapun kini telah maju setapak lagi. Hakikatnya bahawa industri muzik tempatan tidak akan berkembang sendirinya cukup hanya melahirkan penghibur tanpa adanya komposer tersohor disampingnya kerana keduanya sama penting dan saling memerlukan bagai irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. KENTE3 membuka ruang seluas-luasnya kepada komposer-komposer tempatan untuk mengetengahkan ciptaan lagu menerusi kategori Juara Lagu. Harapan saya agar KENTE3 akan menjadi perintis kepada usaha melahirkan penghibur dan komposer terbilang mengikut acuan sendiri.
|
CHAIRMAN’S MESSAGE
Comments are closed.





















