Boyy menyertai KENTE musim kedua dalam Heat yang kelima. Beliau berjaya mara ke peringkat akhir bersama Sheryl Josh.
Semasa berada di peringkat akhir, persembahan beliau memukau penonton dan walaupun beliau tidak mendapat TOP 3, beliau berjaya menggondol anugerah ‘Peserta Paling Popular’ menerusi undian penonton yang hadir.
Selepas KENTE2, beliau semakin bergiat maju dalam karier seninya. Boyy telah ditawarkan untuk bekerjasama dengan produksi Benn Simon Bukag untuk album pertama beliau. Lebih menarik, Boyy juga akan mempunyai video klipnya sendiri melalui lagu beliau, Sinduol Piniupusan.
Untuk KENTE musim ketiga, beliau berpesan kepada semua peserta dengan kata-kata ini:
“Menang dan kalah adat bertanding. Yang penting, fikirkanlah… Bagaimana untuk memartabatkan karya seni Sabah selepas habis pertandingan ini. It’s a beginning to you!”




















