Kemunculannya dalam KENTE musim pertama amat memberikan impak yang memberangsangkan. Peter Haryson Nianti atau Hary Nianti muncul tepat pada masanya. Walaupun beliau hanya salah seorang finalis KENTE1, namun pengalaman tersebut sudah cukup untuk memberikannya peluang untuk merakamkan album.
Selepas KENTE1, beliau semakin ligat bertanding di beberapa pertandingan dengan kejayaan yang boleh dibanggakan. Bakat yang dimiliki oleh penyanyi kacak yang juga merupakan bekas penuntut Sekolah Pengajian Seni di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini juga semakin diminati dan beliau telah ditawarkan untuk merakamkan album yang bakal siap pada 2011. Ternyata beliau amat bersyukut dengan kejayaan dan rezeki yang semakin berlimpah ruah ini.
Pesanan Hary kepada para peserta KENTE3 yang ingin memasang impian untuk berjaya:
“Praktis banyak-banyak, tengok video-video penyanyi yang terkenal dan belajar cara mereka perform on stage dan juga amalkan cara berpakaian yang sesuai untuk membuat persembahan di atas pentas.”




















