Gadis kelahiran Tamparuli ini berjaya menempatkan dirinya bersama 9 lagi finalis dalam KENTE musim pertama. Namun begitu, beliau terpaksa akur dengan kehebatan finalis lain dan sekadar meraih saguhati.
Tetapi, selepas KENTE, beliau semakin giat menyanyi dan menyertai lebih banyak pertandingan menyanyi di Sabah. Pengalamannya di KENTE memberikan kekuatan untuk bersaing dengan penyanyi lain dan hasilnya, Marl berjaya menggondol kejuaraan dalam beberapa siri pertandingan yang beliau sertai termasuklah Juara I GOT TALENT anjuran D’Junction 2009, Johan Pertandingan Menyanyi PERTISA 2010, dan Naib John Giant Idol 2010.
Sempena KENTE musim ketiga ini, Marl mempunya mesej yang ringkas untuk para peserta yang ingin memasang impian kali ini.
“Feel with your heart, every words you sing… Good Luck!”




















