Penyanyi cute ini berjaya meletakkan dirinya bersama 10 orang finalis semasa KENTE musim pertama. Joy, tidak pernah menyangka, pengalamannya dalam KENTE bakal meledakkan namanya dalam tahun yang sama. Apa tidaknya, selepas KENTE, beliau terus tidak berdiam diri, dan menyertai Sugandoi Kaamatan 2009.
Lebih membanggakan, beliau akhirnya berjaya menggondol Juara Sugandoi 2009, sekaligus membuktikan usahanya selama ini, tidak sia-sia.
Isteri kepada penyanyi tempatan terkenal, Danny F. Malinggi, yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, akan memulakan sesi rakaman lagu-lagunya selepas bersalin nanti. Danny juga bertanggungjawab dalam proses penciptaan lagu-lagu Joy. Inilah yang dikatakan sebagai rezeki badan.
Joy berpesan kepada peserta KENTE3:
“Jika ingin menjadi searing penyanyi, putus asa atau give up tidak sepatutnya ada dalam kamus kehidupan anda. Teruskan berusaha sehingga berjaya!”




















