Peserta KENTE pertama yang diumumkan sebagai finalis untuk saringan pertama semasa KENTE julung-julung kali diadakan pada 2009. Deffny yang juga berasal dari Tamparuli, juga merupakan antara bekas finalis KENTE yang telah mendapat tawaran untuk merakamkan album selepas KENTE1.
Buat masa ini, beliau sedang dalam persiapan akhir untuk memasarkan album Dusun pertama yang dibiayai sepenuhnya oleh IT Corner Production. Selain berbakat dalam bidang nyanyian dan modelling, Deffny juga mencipta sebuah lagu Melayu sendiri yang dimuatkan dalam album pertama beliau ini, Sabap Salaku.
Deffny berpesan kepada peserta KENTE3:
“It’s not about winning the game, it’s about how you play it. Kamu mungkin tidal menjadi pemenang, namun jika anda buat yang terabit, orang lain akan menghargai dan mengingati kamu. KENTE is not giving you a fish that you can only eat once, but gives you a fishing rod that you can use to catch another fish on the sea. But you need to be smart enough and put more efforts when using it. Good luck, be yourself and be humble.”




















