Antara finalis KENTE Musim Pertama yang paling menyinar, Bernard Laimen Michael atau lebih dikenali sebagai Bernard berjaya mengorak langkah sebagai salah seorang penyanyi yang semakin maju ke hadapan.
Beliau tidak lagi menoleh ke belakang dan hasil usaha dari penyertaan KENTE, beliau telah ditawarkan untuk bekerjasama dengan beberapa komposer. Selain itu, beliau juga berkebolehan dalam bidang penciptaan lagu di mana buat masa ini, beliau sedang berkolaborasi dengan beberapa artis baru untuk menyanyikan lagu beliau.
Mengambil kesempatan dengan musim ketiga KENTE, beliau mengucapkan selamat berjaya, dan berikut adalah nasihat untuk mereka yang benar-benar ingin berjaya dalam KENTE.
“Pemilihan lagu yang bersesuaian dengan range suara amat penting sekali sekiranya hendak menyertai pertandingan ini, dan jangan jadi ‘KLON’ dengan artis yang sedia ada. Identiti itu AMAT PENTING bagi seseorang penyanyi. Sikap humble mesti ada di dalam semua peserta KENTE dan jangan menganggap yang diri kita sudah PERFECTÂ tapi sebaliknya kita mesti berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada. Teruskan memperjuangkan seni KDM (KadazanDusun-Murut) sehingga ke akhir hayat. Good luck to all the contestants untuk KENTE3. God Bless You!




















