Oleh Francis Au
PENCARIAN KE Next Top Entertainer Musim Kedua, singkatnya KENTE2 anjuran Kadus Entertainment (KE) peringkat akhir akan berlangsung bertempat di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang malam ini. Setelah berhempas pulas mengerah tenaga di peringkat saringan Kumpulan, kesemua 12 peserta ini akhirnya boleh berbangga kerana masing-masing telah berjaya melangkah ke peringkat akhir.
Mereka yang akan bertanding malam ini adalah Goergie Joseph, 24 (Tambunan), Grace Ah Ting, 20 (Penampang), Chrispine Joseph Phan, 23 (Penampang), Phauline Philip, 28 (Kota Marudu), Celestina Juli, 18 (Likas), Shane Cladius Monjohi, 23 (Penampang), Rudy Paul Pailus, 31 (Penampang), Elton Ciddy Yali, (Tamparuli), As Bryan Amre, 24 (Kota Marudu), Larry Leong, 29 (Matunggong), Sheryll Josh, 22 (Kota Marudu) dan Catherine Bilan, 24 (Kota Belud).
Pengurus Bahagian Publisiti dan Promosi KENTE2, Francis Au berkata, pihak penganjur menjangkakan orang ramai yang akan hadir menyaksikan pertandingan berprestij dianggarkan mencecah sehingga ke angka 5000 orang terdiri dari peminat, penyokong, dan artis tempatan sendiri.
Dalam pada itu, pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada rakan media seperti DJ Othoe, Suria FM sebagai penyiar rasmi Final KENTE 2 dan kepada pihak Sabahan FM (radio online) yang telah memberikan siaran langsung terus menerus sejak permulaan pertandingan sehinggalah ke akhir.
Kejayaan KENTE2 ini juga adalah atas sokongan pihak media cetak tempatan seperti Utusan Borneo, New Sabah Times dan Daily Express yang sentiasa memberikan ruang untuk memuatkan berita perkembangan terkini KENTE2 dari awal promosi sehinggalah ke peringkat akhir. Continue reading »
Oleh Francis Au
TEKA TEKI yang menjadi tanda tanya siapakah 12 finalis yang berjaya ke final untuk berentap merebut gelaran KE Next Top Entertainer Musim Kedua akhirnya terjawab jua.
Kejayaan Shane Cladius Monjohi, 23 (Penampang) dan Elton Ciddy Yali, 21 (Tamparuli) akhirnya menamatkan teka teki sekaligus melengkapkan senarai 12 finalis yang berentap di peringkat akhir yang akan diadakan di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang pada 16 April ini.
Finalis dari saringan khas ini sedikit istimewa jika dibandingkan dengan 10 finalis yang lebih awal melayakkan diri ke final. Ini kerana peserta yang bersaingan dalam saringan ini adalah terdiri dari mereka yang diberikan peluang kedua menerusi pembarian wild card oleh pihak juri dan penonton. Sebelum ini, kesemua mereka telah diberikan teguran oleh pihak juri yang mengadili bahagian vokal, tempoh serta persembahan dan penampilan. Teguran merupakan sesuatu yang amat penting kerana daripada teguranlah seseorang itu mengetahui kelemahan. Shane adalah peserta paling berpengalaman, mempunyai koleksi lebih 10 trofi Kejuaraan, selain pernah memenangi Pertandingan Sugandoi peringkat Institusi Pengajian Tinggi Sabah gagal untuk merebut dua tempat ke final menerusi Saringan Kumpulan 5. Continue reading »
Berdasarkan penelitian ke atas borang penyertaan, nampaknya ramai diantara peserta menyembunyikan identiti mereka yang sengaja tidak mengisi ruangan ‘Pengalaman dan Pencapaian dalam
bidang nyanyian’ seperti yang diminta oleh pihak penganjur… mungkin ini adalah salah satu strategi peserta untuk mencipta kejutan dalam saingan merebut tempat ke peringkat akhir. Berdasarkan bisik-bisik dengan penonton, di kalangan artis dan penggiat seni, rupa-rupanya ramai diantara peserta dalam saringan Kumpulan Tiga ini sebenarnya bukanlah calang-calang peserta. Continue reading »
Pihak AJK KENTE 2 memberi peluang kepada semua photographer yang berdaftar dengan KENTE 2 untuk mengambil gambar bagi tujuan siaran Media (Newspaper) bermula dari Heat2, Heat3, Heat4, Heat5 dan Heat Khas (6).
**Gambar hendaklah jelas/terang di antara objek dan latar, bagi memudahkan kerja2 editing untuk dimuatkan ke dalam newspaper.
Sekian dan harap maklum.
Francis Au
Pengurus Bahagian Publisiti dan Promosi KENTE 2

Lagu-lagu Kadus Pilihan Peserta:
1. Ika No Id Ginawo – Abraham Edwin (6 orang peserta)
2. Minogivang Koh Pomuandamanku – Danny F Malinggi (4 orang peserta)
3. Kaandaman Piginavaan – Clare Petrus Edwin (3 orang peserta)
4. Au Oku Insan Do Gumaab – Jestie Alexius (2 orang peserta)
5. Ginawoku Kagasan – Caroline Yusof (2 orang peserta)
6. Romou-romou Matoku – Vera Albert (2 orang peserta)
7. Nokuro – Hain Jasli (2 orang peserta)
8. Nung Noilaan Ku – Ambrose Mudi / Clare Petrus Edwin (2 orang peserta)
Oleh: Francis Au

SENGIT! Itulah perkataan yang dapat digambarkan dalam saingan Kumpulan Kedua yang bakal berlangsung malam ini. Jika dilihat atas kertas, hampir kesemua peserta dalam Kumpulan ini adalah dibarisi oleh peserta-peserta berpengalaman dan jaguh dalam kelas tersendiri. Continue reading »
PESERTA KESAYANGAN ANDA TERSINGKIR? Jangan putus asa kerana mereka masih berpeluang ke Peringkat Akhir!!! Continue reading »











Recent Comments